Set (dewa)
Set (dewa)

Set (dewa)

Set (/sɛt/; bacaan Egiptologi: Sutekh - swtẖ ~ stẖ[lower-alpha 1] atau Yunani: Seth /sɛθ/) ialah dewa padang pasir, ribut, kekacauan, keganasan dan orang asing dalam agama Mesir purba.[6]:269 Dalam bahasa Yunani Purba, Set dinamakan sebagai Sēth (Σήθ). Set mempunyai satu peranan positif yang mana dia menemani Ra dalam bahteranya untuk menghalau Apep, ular Kekacauan.[6]:269 Set berperanan penting sebagai seorang pahlawan yang menamatkan konflik.[6] :269 Dia raja Tanah Merah (gurun), mengimbangi peranan Horus sebagai raja Tanah Hitam (tanah subur).[6]:269Dalam mitos Osiris, mitos Mesir yang paling penting, Set dikisahkan sebagai perampas takhta yang membunuh dan mengerat-ngerat saudaranya sendiri, Osiris. Isteri/kakak Osiris, Isis, menyusun semula mayatnya dan membangkitkan abang/suaminya yang sudah mati dengan bantuan dewi Nephthys. Kebangkitannya cukup lama untuk mereka mengandungkan anak dan pewaris Osiris, Horus. Horus membalas dendam terhadap Set dan banyak mitos Mesir purba menceritakan konflik mereka.[7]Dalam astronomi Mesir purba, Set biasanya dikaitkan dengan planet Utarid.Oleh sebab Set berkaitan dengan kawasan barat Nil iaitu Sahara, dia kadangkala dikaitkan dengan dewa yang lebih rendah, Ha, dewa padang pasir, iaitu dewa yang digambarkan sebagai seorang lelaki dengan determinatif gurun di kepalanya.